Dec 20, 2014

KUKUKAKIKUMALU


SABTU: nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanye penyakit

AHAD: nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

ISNIN: nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

SELASA: nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

RABU: nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

KHAMIS: nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

JUMAAT: nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat dari Allah SWT

p/s: semalam lupa gila nak potong kuku...tsk! arini baru teringat....sampai jari ke-3 baru nak google hari Sabtu leh potong kuku ke dak...adeh

maka terbantutlah sebentar...nampaknya tunggu Isnin masuk keja baru sambung balik lagi 7 jari ni.sigh!

Dec 9, 2014

NOBODY'S HOME

be strong be strong now...too many too many problems


tajuk takde kaitan langsung..sejak duduk sorang nih (start bulan 7 kot?), mak ayah suka datang bertandang di rumahku syurgaku (yeke syurga?)

semasa kehadiran mereka berdua,maka tak boleh lah selalu balik umah lambat...

harini kebetulan diorang nak visit Opah and tido kat kampung satu malam, so boleh lah balik lewat "sikit" malam ni...ngeh2

tapi berdosa tak kalau tipu cakap dah balik? lewat sikit je....

niatnya untuk tidak merisaukan ibu bapa...

berdosakah aku? mak!!ampunkan daku yang khilaf ini T___T

p/s: sama je hidup single ke dah kahwin ke...still "bonded" jugak rupanya

opssssssss =b


Nov 28, 2014

B.L.A.C.K.F.R.I.D.A.Y


Ish ish ish tengok tengok!!bebudak zaman sekarang.lalai betul!

lecture hall dibuatnya macam panggung wayang


p/s: jeles sebenarnya zaman dolu-dolu takde cenggini pun? sobs!

Nov 27, 2014

Nov 24, 2014

Kuchi kuchi



hahahaha kadang2 terpikir gak kenapa la DUDA yang dipilihnya

adoiyai Love is truly blind or woman easily blinded by love?

kya huaa tera vaada *merapu*

Nov 3, 2014

BAHAGIAMU DERITAKU


before kahwin, kutuk orang kahwin....

after kahwin, dikutuk orang yang belum kahwin (hahahaha)

kesimpulannya bersederhana sajalah dalam tiap2 perbuatan...nak menunjuk kat sapa sebenarnya?

samalah macam jeruk asam boi, aku x sempat  share gambar pun, dah habis sebesen .....kih kih tq mak tolong jerukkan!

muahhhhh :-*

Oct 28, 2014

BUDAK BARU NAK UP

tak tahu nak tumpang bangga ke malu?



yang ni aku suka. Hogwarts convocation katanya....akak bagi 5 like!

Oct 24, 2014

SHARE THE SCARE!!!

found this at my FB newsfeed today - 24th October 2014 (Friday)


"Cut out this voucher from today from The Star Metro cover page to enjoy this "scary" deal during Nights of Fright 2 @ Sunway Lagoon."

Oct 22, 2014

SENANG KE NAK DAPAT SYAFAAT RASULULLAH SAW



Sempena menyambut kedatangan Maal Hijrah/1 Awal Muharam 1436 yang bakal tiba pada Sabtu ini, 25 October 2014, jom mulakan azam berselawat 10x pagi dan 10x petang (mcm senang je...mcm kacang je..)


tapi.........lalai sokmo!!


lagi satu, 1-10 Muharam disunatkan puasa.what are the rewards behind it? - please google and study :D

Insha Allah we could gather up in Jannah, someday....

Ameen

Oct 21, 2014

MAK YANG COMEL

perbualan whatsapp dengan mak

mak: tengah makan cendol tepi jalan ni
aku : bukan tengah hujan ke?
mak: sini belum ujan lagi...nyum3


10 minit kemudian

mak: nak tak cendol? mak tolong tapaukan
aku: idle.........
mak: alamak dah hujan.lariiiiiiiiiiii
aku: mak nak cendol!


hehehehe sonok sebenarnya pukul 4.00 ptg semalam dapat message

mak : mak dengan ayah tunggu kat masjid UTP ni.singgah solat asar
aku  : YEAY!


Oct 15, 2014

Lawak Hambar #1

I didn't realize how good i was at yoga i do number 13 all the time

No. 13 - KrooooohZzzz to be exact :P

Oct 13, 2014

MONDAY BLUES =.=


Entah ke berapa kali aku buat kerja gila ni tetiap hujung minggu sejak bersendirian.hidup tanpa komitmen peribadi lah katakan

Drama korea paham-paham jelah berpuluh2 episod nak habiskan dalam satu hari tuh mana cukup..

Catatan rekod tidor paling lewat adalah semalam pada jam 5.30 am

Hehehehehe pastu mood jiwang2 pepagi Isnin aaaaaaaaaaaaaaaa ottoke ottoke ~

banyak scene kelakar and sweet :D



yang ni berkotak-kotak tisu terkorban :(



gambareyo~


Oct 12, 2014

Macam best tapi ........


Hmm lately, dah 3 orang yang aku kenal dah divorce. Rata ratanya yang kahwin awal lepas grad

Ngeri lah pulak nak kahwin...perlu ke?it's a battle u knowwww


Oct 11, 2014

BUDGET BETOL!


Dari aku melayan status carutan engkau kutuk kerajaan kat FB, baik aku layan Budget 2015

Oct 10, 2014

JUJURKAH ENGKAU?


Orang yang selalu berkata JUJUR akan mendapatkan 3 hal iaitu:

1) KEPERCAYAAN
2) CINTA
3) RASA HORMAT

- (Ali bin Abi Talib)

Aamin.....semoga kita semua mempertahankan kejujuran dalam diri.

#Mohonterasa

Oct 3, 2014

Dan Bila Esok....

Insya Allah kalau tak harini,esok lusa siapa tahu...

Jangan persoalkan,jangan cabar ketentuan Dia..

He knows better...

Bersabar

Bersyukur

Berusaha

Berdoa

Dan bertawakallah...

Mungkin harini hari kau...esok lusa satu hari nanti hari aku dan dia pulak

Ameen ameen ameen !!


Sep 30, 2014

SILA BERSYUKUR



Syukur dapat buat kesilapan

Syukur bila sedar dari kesilapan

Lebih syukur bila dapat belajar dari kesilapan


Alhamdulillah dan nasib baiklah................... :) :) :)

Siapa yang untung? aku

Siapa yang rugi? kau lah >:D

IS IT REGRETTABLE DECISION...?


Jun 29, 2014

Apr 6, 2014

#PrayforMH370

Wall of Hope at Information Resources Centre, UTP 

Thoughts written by UTP staff and students
found this fridge magnet sold by one of UTP students. hope the money will be contributed to the family of MH370 victims

Mar 21, 2014

Dare to say "no"~

no no no~~~

senang ja kan kalau berani cakap TIDAK selesailah masalah!!

tapi kenapa tak sampai hati pulak nk melafazkan perkataan tersebut...:( 



AAA


Feb 18, 2014

MUTUAL INTEREST


Kadangkala aku terfikir, kenapa seringkali susah sangat nak mendapat mutual feeling/ mutual match/ reciprocal relationship (or whatever u call which is similar or fall into the same group)..kenapa sering terjadi ketidakseimbangan itu?kenapa seringkali ada sebelah pihak yang terabai/diabai? kenapa tidak pernah muncul kesepakatan itu? di manakah punca masalah ini adik-adik?

Jadi, yang ruginya di sini siapa? Apakah akibat daripada ketidakseimbangan ini? Di sini, aku melihat bahawa semua persoalan di atas adalah subjektif dan tidak mempunyai jalan keluar yang spesifik, juga tidak mempunyai punca yang sebenar. Ini kerana manusia diciptakan dengan pelbagai bentuk, rupa, sifat, dan ciri.

Hanya satu sahaja penyelesaian. Sebelah pihak perlu akur dan mengalah serta menerima seadanya. Yes! Itulah yang sebaiknya. 

errr...apa yang aku repekkan ini? dah bertukar profesyen menjadi pakar motivasi pulak..

aku akhiri entry kali ini dengan 5 patah perkataan, "INI TIDAK ADIL TIDAK ADIL!"


Sekian buat masa ini...

=AKU DI  KEJAUHAN=






Jan 31, 2014

Happy CNY 2014

uuuuuuuuuuuuuuu syoknya cuti CNY...khamis jumaat sabtu ahad!

Gong Xi Fa Chai!!Xin Nian Kuai Le

:D :D 

Jan 22, 2014

UBAT PENENANG

Kerja memang tak pernah habis. tapi kita patut bersyukur sebab dapat kerja. tak kerja macam mana nak dapat keberkatan dalam rezeki yang Allah bagi (yela tuh.....)

Dialog aku dan boss petang tadi yang sangat menginsafkan dan kelakar jugak sebab boss aku non-muslim @ singh

Boss : aaaaaaa penatnya!dahla tak sempat makan apa pun lagi..dah la nak balik rehat
Aku  : Saya pun!nak pergi tenangkan jiwa jap
Boss : Ko nak g mana pulak nih?
Aku  : Ni dah pukul berapa? nak g solat lah..berdoa pada Tuhan ditenangkan jiwa raga ini
Boss : .............................. ok!

Permulaan tahun ni bagi aku takdelah happy sangat sebab salah seorang staff kanan dah nak quit berhijrah ke UPSI dan hari terakhir beliau adalah pada 7 Feb ini! dan aku sekeluarga sudah lama merancang untuk sepakat mengambil cuti pada hari tersebut!

Maka kesian lah sangat boss aku kehilangan 2 orang staff kanannya selama seminggu (opss tu aku yang cuti seminggu) teruja dalam sedih boleh?

hihihihi


Tapi masih sedih sebab diwajibkan jadi backup singer untuk farewell party staff kananku itu....haha

We had joy we had fun we had seasons in the sun. But the hills that we climbed were just seasons out of time!goodbye Siti :(