GUA SAMI LAGI -continued

Perlis Anjur Cabaran Cenderawasih Daki Dan Turun Bukit Lagi

KANGAR, 7 Sept (Bernama) — Kerajaan Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Perlis akan menganjurkan Cabaran Cenderawasih iaitu pertandingan mendaki dan menuruni Bukit Lagi menggunakan 1,100 anak tangga pada Ahad ini.Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata peserta yang berupaya melakukan 50 pusingan pendakian dan menuruni bukit dalam tempoh 18 jam layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records serta memenangi hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM40,000.Katanya pertandingan itu turut terbuka kepada peserta luar Perlis dan luar negara.Penyertaan adalah percuma dan maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Jalan Hospital, Kangar dengan menghubungi 04-9793505.Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah hadiah yang bakal diterima oleh pemenang utama.Program itu diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.Sebelum ini, seorang ibu tunggal, Norliza Ishak, 29, mencatat rekod sebagai penduduk Perlis pertama yang melakukan 50 pusingan pendakian dan menuruni bukit itu dalam tempoh 22 jam tiga minit.Bukit Lagi yang terletak di kawasan Utan Aji terkenal dengan keindahan Gua Cenderawasih yang terletak di penghujung bukit setinggi lebih 100 meter itu.– BERNAMA

p/s:pss..~baru tahu ada jugak pertandingan macam ni..huhu terpaksa la berusaha tiap2 petang!!harap2 ada lagi pertandingan mcm ni..nak sangat turut serta sekali!! :)

Comments

Popular Posts