Aug 30, 2011

TEMPAHAN RAYA 2011 DIBUKA SEKARANG!

knock knock promosi raya lagi...tolong Abg Mail dari Parit, Perak pulak...awas -sila jamu mata sahaja yer! o_O


dodoi

yg pasti ini bukan rondang tok yer


lomang panaih

p/s : opsss lupe teman nak kabo, tempahan akan mula diedar sehari sebelum raya = 29 Ogos 2011 ini.. timekaseyyyyyyyy

Aug 25, 2011

day-4, aksi tidur paling comel!

this is Jojo!~cute gila tido terlentang!anak bapak~ni ikot bapak dia si omputih dr Holland!


Jojo jugak paling cute!

alolololo..>_<

this is koko!tapi bukan kaler koko lah..dark chocolate boleh?(padahl hitam).ahaks..ni anak ibu, tapi gemok2 ikot si papa rabbit, holland lop..

tidoq sorang2..ganas woo..koko ni paling aktif antara semua~!


sekian,..selamat hari raya, maaf zahir batin!

Lady Bunny

Aug 24, 2011

day-3

yey..dh pandai bg baby minum susu mak dia!~=)
cepatlah besar wahai cucu2 sekalian~cucu2 tak dapat lari..ahaks..bila mau tumbuh bulu ni? cptlah cepatlah!

ouh..ada 2 geng ye!

ni geng gagak hitam..ganas ah..tgk towel siap terangkat!


ni pekes nk berhimpit ni?

tgk tu naik ats adik kecik..ini paling gemok + cute..so nama dia Jojo!eh.ke abg long?hahahaA!
dh nmpak cm nk tumbuh bulu tu...huahua!~
p/s: klik je untuk image yg besar..baru leh nmpak bulu..:P

Lady Bunny

Aug 23, 2011

comel!

dok google psl baby rabbit skali jmpa la online shop yg jual pet accessories..best laaa shop ni...byk benda yg aku tak pernah tgk kt pet shop pon ada~


ini rabbit carry bag


this one too

ini carrier jugak..tapi plastic la..comel gile!mcm tupperware~opss!marah deqnie!

cage boleh gerak kah ini?ahaks!


nak beli carrier tuuuuuuuuuu!tapi mahal la gk..nak2 dkt raya ni tak dpt ah beli..sob3~

Lady Bunny!

1st experience!

1st generation!5 ekor sja yg survive..>_<" 

mcm tikus kan?ada org tak percaya ini adalah new born rabbit!

terkejut aku..tgk2 dh beranak..padan la perut chi2 makin buncit..igtkn lmbt lg nk beranak!sebek tak beranak dlm kereta smlm!wuuu..nk buat apa rabbit byk2 ni?smbut raya dgn mereka lah thn ni...ahaks
Lady Bunny


OH IBU!
































































p/s : selagi hayat mereka masih ada....selagi mereka masih sihat...selagi anda masih mempunyai seorang wanita bernama ibu...



credit to falihinjasmy utk hasil seni yg sgt menginsafkan ini

Aug 22, 2011

cough!~

er..dlm byk2 ubat aku paling tak suka makan ubat batuk!padan la batuk aku tak lega2..rupanya sbb tak mkn ubat...tenenene!balik taiping je kena paksa mkn..punyalah terpaksa tahan nafas + buat muka pelik time nk telan..lps tu bergelas2 air aku bantai..pdhl takleh minum air kot..wakakaakaaA!pelik plak aku dgn org yg ketagihan ubat batuk..yucks..aku telan je trus rasa cm nk muntah, takleh tahan dgn rasa ubat tu..

arghh...pagi ni terpaksa pulang ke UTP dgn berat hati..rasa cm mau je trus balik Kangar..wuu~homesick!

belia benci dadah!

Aug 21, 2011

berbuka bersama teman2~

yeah!sronok leh outing!cm dos hostel...dh lama rasanya x berfoya2..kali ni berbuka kt Clear Water Golf Resort...thn lepas RM30..thn ni RM35++..SKALI RM40 daaaaaaaa!ish4..tapi sebaik la buffet dia best lg dr last year..sbb ada laksa, mi, satay, bubur lambuk, bla3...tapi lauk tak variety lah!grrrrr..pi merayau smpai bleh bersahur skali..isk..melagho betol!



huiyooo..cantik x beg new york maybeline saya?ahaks

hmm..thn ni kt atas plak...

kereta SV farhana/deqnie!

pantang tgk cermin besar mula ah nk adakan sesi amik2 gmbar smpai SV fana/deqni dh bALIk..hahaha


ala..ni time dh celup..igtkan chunk dh amik time mula2..rupanya snap gmbo aku..ish3..sengal!

sekian coretan berbuka puasa bersama gedixian~
Lady Sasa

Aug 17, 2011

BILA PUBLIC HOLIDAY JATUH HARI RABU


alhamdulillah hari ni dah 17 Ramadhan . hari ni jugak Nuzul Al-Quran di mana Perak diisytiharkan cuti umum..malangnya dpt arahan bos masuk opis jugak pagi td

baru nak merasa tido di siang hari & shopping raya kat Ipoh memandangkan hujung minggu ni terpaksa amik tempahan biskut raya.yelah pejam celik lagi seminggu lebih je nak raya oi!

baju, kasut raya sume tak beli lg..rasa x lengkap pulak..tapi kuih2 raya, kerepek & kudapan sume dah berada di hujung jari telunjuk o/( cuma duit je belum tunjuk lg $_$)

adoi kat office dah buat dekorasi aidilfitri siap!semangat tol deme2 nih....



ketupat rendang sila nikmati kawan


boss : besok semua dtg eh...sambung lagi keje yg x siap arini

staff : hahhhhh!!??besok kena dtg lg ke?ate rajin bebenor bos nk dtg wiken2 ni..besok kan ahad..

boss : ......................

p/s: siyeshit memang betol2 rasa arini cm sabtu & besok ahad..rupenye baru hari rabu!oh demmm kne bantai gelak ramai2 td..woi bila aku bleh baring2 atas katil cm dulu nih?? *yawn yawn yawn!!!* :d

Puasa yang yok, pagi2 bukak periuk

Alhamdulillah harini aku masih bernafas..masih mampu berpuasa, beribadah mencari keredhaanmu Ya Allah.
Tapi jauh di sudut hati, aku rasa marah dengan diri sendiri..rasanya Ramadhan kali ni tak byk benda yg aku leh buat..rasa masa berlalu cepat sangat..sehari, takyah cakap lah 24jam..time productive aku hanyalah pada waktu tengahari..tu pon kalau pergi lab/irc..kalau kat bilik jawabnya dok tengok tv la..kt bilik aku time siang tu tv memang on je la..

tapi aku bangga jugak sbb ramdhan kali ni mmg sep gila...tak mkn tmpt mahal lagi..mkn skali pon habis2 rm4/rm5..sahur kt bilik je..makan roti/bubur je..hehehe..bagus kan?takde nafsu nk membeli sgt ah..nasik cukup..tak beli kuih2 pon kalau pi bazar ramdhan tu...ehehhe

malam ni aku tekad nk stay up..terpaksa jugak la minum nescafe untuk terus bersemangat nk buat kerja!(tak sedar diri batuk tahap kritikal..suara dh rock gile...tak larat nk bertutur kot...ni gara2 kt kedai semalamlah..aku mintak horlick panas die bg horlick ais..takkan la nk suro dia buat lain..kesian plak..so aku bedal gk la..pastu trus suara berubah menjadi suara jantan!OMG~) harap2 tak bertambah teruk la pas aku minum nescafe ni..hahaha

Oklah..cukuplah berblogging..nk smbung buat kerja..marilah kita sama2 memperingati @ menghayati hari al-quran diturunkan, iaitu pada malam qadar (lailatulqadar) yakni 10 malam terakhir ramadhan, walaupon dh specified dlm kalendar pd 17 ramadhan..iaitu malam ini...actually ada 2 pendapat pasal tarikh turunnya al-quran..

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walau bagaimanapun, pendapat kedua adalah lebih kuat, kerana malam Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan..


Hmm..apa2 pon, marilah memperbanyakkan mmbaca al-quran di bulan ramadhan..bila lagi nk rebut pahala yg banyak, setahun sekali sja bulan Ramadhan ni..tapi dh hampir nk meninggalkan kita..T__T


p/s: teringat dialog anak sedara aku (yg berusia 4 thn) dlm phone..aku tanya la dia puasa ke idak..dia cakap.."Hakim puasa, tapi tak puasa!" err..rupanya puasa yang yok, pagi2 bukak periuk!
Di suatu hari sebelum ramadhan.."Acik, Hakim nk tgk lagu 'skey skey' enuff" gulp!nk tgk klip video just can't get enough rupanya!~OMG..aku pon tak penah tgk kot..skali sexy betol klip video nye...dh jemu tgk lori/backhoe/train/bas/teletubbies kat youtube la tu..hahahaha..budak zmn skrang mcm2!i miss u lahhh babe!


 i know what u did last raya...@grik..=) 


sekian..salam nuzul quran..semoga ramadhan kali ini adalah yg terbaik dr sebelumnya..~


-AAA-




LALALA KERJA TAK JUGAK KAYA

gitu lah rupe kerja kerana duit.bukan disebabkan tanggungjawab dan bukan niat kerana Allah taala

sampai ke sudah x senang2 pun.hairan binti pelik pun ade jugak

sehinggakan lupa tanggungjawab kpd Pencipta dek kerana terkejarkan harta duniawi.meskipun dek kerana syok menjalankan perniagaan masing2 semata2 utk mengaut keuntungan di bln Ramadhan yg bakal meninggalkan kita tak sampai 2 minggu lg :(


p/s: syukur Ya Allah hari ini engkau telah bukakan mataku ke jalan yg benar utk aku mencari redhaMu. solat itu tiang agama.jagalah hubungan kita dengan Tuhan sebelum menjaga hubungan dengan kawan2..tak rugi malah lg untung..wallahualam



harap2 takdelah terbabas ke dlm longkang lagi nanti... ameen

Aug 14, 2011

open ur eyes, open ur mind~

Assalamualaikum wrh matullahiwabarakatuh~!

Bismillahirrahmanirrahim..

Lately aku notice,..org melayu ISLAM ni sgtlah sensitif kalau bab2 agama ni..pdhl diri sndiri pon tak bagus mana..emo tak tentu hala..then nk maki2 org..ini ke budaya org Melayu ISLAM?

skang isu takleh baca quran pakai pembesar suara/mickt masjid penang..mmg byk lah org nak emo..

Ini komen Nik Aziz,..

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.<--from BERITA HARIAN

okay..ramai takleh terima sbb dia ni org PAS...

Apa kata baca plak from Dr Asri ni...
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik di Universiti Sains Malaysia dan bekas Mufti Perlis.


Bacaan selain dari azan di pembesar suara patut dihentikan — Mohd Asri Zainul Abidin
January 15, 2011<---
dh lama..nampak sgt Dr Asri mmg buat kajian psl isu2 sebegini..good job!

15 JAN — Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan — selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan.

Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah “perjuangan mempertahankan Islam”. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan Muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: ‘Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa… tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini… boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya Muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

source from http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14055.0

Hmm..ada jugak suara2 blkg nk condemn Dr Asri (ex-Mufti Perlis),..they said.."Takleh pakai Dr Asri ni..Perlis mmg pelik..tak baca qunut, tak baca doa beramai2 lps smbahyang bla3,". Mungkin pelik bg anda yg tak mendalami ilmu agama..sila baca artikel2 from Dr Asri.. beliau adalah pengkaji hadith..bertaraf Prof Madya, pemegang PhD hadis..ahli akademik di USM (APEX Universiti)...setiap hujah beliau disertai dalil2..siapalah kita nk ckp lebih?kita ada PhD?faham bahasa Arab?ada kaji al-quran & hadis?Well, hadis pon ada sahih dan tak sahih..that's why kena kaji betol2...jangan pi baca 1 hadis pastu wat conclusion sndiri plak...Hmm..tapi tak hairanlah ada hamba2 Allah yg "BIASA" yg pertikai Dr Asri ni..sbb ada jugak ulamak lain nk kutuk dia ni..biasalah nk bawak perubahan/benda baru mesti ada yg menentang!Itulah challenge..hehe

lesson of the day: Islam itu luas..byk lagi yg perlu dipelajari..jgn obses dgn satu2 mazhab.Nabi ada berpesan..selagi kita berpegang dgn al-quran dan hadis, insyaAllah takkan sesat...so..itulah gunanya alim ulama yg boleh mendalami al-quran/hadis..supaya boleh disampaikan kpd semua..insyaAllah..open your mind, open your eyes..kalaupon tak setuju pon tak payah nk caci maki macamlaa kita betol sangat..confident plak tu....>_<"

AKHIR kata, maaf seandainya tersalah kata, aku hanyalah insan biasa..aku pon bukan bagus mana..tapi aku bencikan budaya caci maki sesama Islam..belia benci dadah!~peace no war!~~

p/s: fuh.. pnjang plak post kali ini..nama pon renungan..ahahahahahA!renung2kan dan selamat beramal!~=)
aku yg lemah

Aug 11, 2011

MRS LONELY

apa perasaan bila mak korang sms "i'm lonely"?

rasa mcm nk jerit terlolong panggil doremon.pinjam pintu ajaib kalau boleh nak terus salam pelok cium mak

tapi apa yang mampu aku balas adalah dengan kata2 semangat agar hidup mesti diteruskan tak kira la ditinggal berseorangan ke berteman ke..

"isokay.take it as a challenge during Ramadhan. a test from Allah"

bak kata arwah nenek dulu - dalam kubur nanti pun duduk sorang2 jugak...



p/s for mak : BERTAHAN!!lagi bape minggu nak raya :(


Aug 10, 2011

RamAdhan terakhir..


Best kan slot samarinda, ramadhan terakhir..mcm crita ramadhan last year...ada org hensem plak tu..hahahaahA!astaghfirullahalazim!~apa2 pon best tgk adik Ogy ni berlakon!terbaik~~
Syok plak lyn lagu ni time tgh stressed wt simulation~roar!

org hensem=ariel zafriel..>_<


terimalah lagu ini...Jangan Lupa Namaku
by Pompa Bensin <--tak kenal pon!hahahahA!~

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Lady Sasa

LIFE IS SHORT

This is your life
do what u love and do it often
if u dont like something, change it
if u dont like ur job, quit it
if u dont have enough time, stop watching TV
if u're looking for the love of ur life, stop!they will be waiting for u when u start doing things u love

stop over analyzing, all emotions are beautiful.life is simple
when u eat, appreciate every last bite
open ur mind, arms and heart to new things and people
we are united in our differences
ask the next person u see what their passion is
and share ur inspiring dream with them

travel often - getting lost will help u find urself
some opportunities only come once, seize them

life is about the people u meet and the things u create with them
so go out and start creating

life is short - live ur dream & share ur passion


p/s: Doa Ramadan - Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."
- Berita Harian Online


Aug 7, 2011

wonderpet wonderpet kami datang!

ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari!har har har!jiwang tak?tahpape..takde kaitan pon ngn post kali ni..

Hmm..kesian Chi2..dh la selalu kena rape tanpa kerelaan..ni botak plak!Fiffy yang buat~aku nmpak dia jilat2 lps tu tarikkkkkkk~roar!makin hari makin byk..tapi suspicious gak..takkan la Fiffy buat semua tu?aku pon dgn prasaan cuak dan risaunya pergi la ke klinik veterina berdekatan kot2 sakit ke..kena infection apa ke..?hmm..risau risau jugak..dalam hati...habislah budget raya aku!dh la mahal kot kalau kena cucuk bla2..maunye 2, 3 ratus..tapi sebaik la raya 30 haribulan..keh..tapi takpe la..Chi2 punya psl kan..syg gile kot!


kesian Fiffy di"blame" setiap masa...mcm anak tiri!hahaha

tgk tu..lalu je makan..nmpak sgt tak sakit!

Chi2: "Botak itu rock!"

iftar!makan pon berjemaah..kalau bg carrot belah 2 pon derang nk share jugak carrot yg sama!~
so sweet!

Rupanya Chi Chi tak sakit..cuma ada hama je..tgk dlm microscope tadi cm kutu je..gelisss...

tada!Vitamin for Chi Chi!Pandai Dr eja nama Chi Chi!*clap clap*
dah la cute je Doktor pon...hehehe

Alhamdulillah!~yeah!boleh shopping raya dgn senang hati..opss..project tak siap lagi..adoi~tetiba down!
Sekian coretan daripada Lady Bunny..Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur!Tak lupa juga selamat menunaikan ibadah dgn penuh tawadduk di bulan mulia ini..Marilah merebut peluang keemasan ini..Semoga diberkati Allah dunia dan akhirat..

p/s: Thanx to Cik Farhana Abdollah kerana sudi menemani diri ini ke klinik vet yg dipenuhi anjing comel dan liar..dh la tghari buta + panas+ tunggu lama!euw~mughallazoh!dh la dtg dkt ngn Chi2..sebek tak jilat..kalau tak, tak pasal kena samak/sertu!hahhhaahaA~
Lady Bunny

Rimas, rimas aku rimas!~

Lari,lari,lari
Aku lari tingallkan semua ini
Untuk mencari, cari,cari
Ketenangan diri…………



Pergi,pergi,pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu, mahu
Engkau hadir dalam diri ini……



Dedicated to org gatal/ tak paham bahasa/gigih gila/ buat2 tak paham/ SS (syok sendiri)/ prasan best! 


Pilih2..adakah anda tergolong dlm mana2 golongan di atas?ko terasa?amik!


TAK BOLEH BLAH!

Aug 5, 2011

Keroncong!

Terimalah Keroncong Hybrid Untuk Bidadari!ahaks..gila r tajuk lagu..tergelak kuat plak aku dgr tajuk lagu ni dlm chancellor hall haritu..:D

Lembut caramu, membikin aku
Ternampak keindahan pelangi,
Membawaku jauh lagi,
Bidadari…


Ayu lentik matamu, Pabila kau tersenyum
Hilang segala rasa hibaku,
Walaupun kau jauh, ku tetap di sini,
Menanti...
Hadirmu dalam mimpi


Setelah hujan berhenti,
Angin malam menyanyikan lagu, kaseh,
Ketika itu, bintang-bintang menari-nari di langit
Nantikan aku dewi-dewi,
Doakan aku bidadari,
Selamanya bersamamu,
Tiada akhir nanti....


ps: berkeroncong perut aku dgr lagu ni!~ada plak lagu keroncong untuk bidadari ye!this is so funny!~
**EVIL LAUGH**

Lady Bunny!

Aug 3, 2011

KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN

Semalam Ramadhan yg ke-2, tetiba Cik Hakita ajak berbuka kat luar...

kali ke-2 jugak aku makan kat cni..ahak tp menarik jugak la cara promosi restoran ni


Sila datang untuk mencuba
Kalau sedap beritahu kawan
Kalau tak sedap beritahu kami
Terima kasih daun keladi, Sampai jumpa lagi

p/s: lokasi kedai sgt membahayakan pelanggan memandangkan betul2 di tepi simpang masuk jalan..fuhh tp apa yg penting - cepat, banyak & murah!

Aug 2, 2011

KEK PANDAN BERSALUT PUDING

al-kisahnya tadi K Iydia mintak bantuan aku edit gambar kek ni utk diforwardkan ke staff semua department..promosi aidilfitri lah katakan

kek ni memang tiap2 kali Ramadhan jiran K Iydia buat..maka bertimpa-timpa lah email tempahan masuk td.alhamdulillah

tapi ni 1st time aku nak cuba, maka nak jugak lah berkongsi dengan kawan2 yg lain

selamat menjamu mata..




inilah size sebenar kek *standard*










color putih tu adalah kek *drooling* :D~



p/s: RM 21 sebijik. Boleh tahan 4 hari jika simpan dalam peti sejuk.harap maklum...



renungan di bulan Ramadhan~

Bismillahirrahmanirrahim~

eceh..baiknya!anak sapa la ni!~kakakakkakaA..asal malam je tido..asal malam je tido..konon harini nk stay up la sgt..asik terjaga setiap jam dari pukol 1..tapi malas gk nk bgn..skali dh pukul 3..terpksa la bgn jugak apabila teringatkan nk tapau sahur..almaklumlah pukol 4 takot kafe tutup plak kan..AL-kUds pukol 3 dh tutup..aiyoyo..!tapi tadi lalu pukul 4 cerah plak..rugi2!

time sahur kt bilik ada crita apa tah kt tv3..aliff aziz ke aliff aiman yang ada Beego Phyne Ballerz..suka suki je aku bg tajuk..mcm salah je..~ahaks..pastu ada la part yg menarik perhatian aku...Nasir Bilal Khan ni jadi ustaz,..dok bg ceramah..dia ckp lebih kurang cmni..."Manusia sekarang berlumba2 mengejar kekayaan, senangkan nabi dahulu hidup dalam kemiskinan, menjadi pengembala kambing..bla bla bla.."<--hmm..cm tak kena skit ah statement ni...mmg la nabi jadi pengembala..tu masa dia kecik...lps tu nabi berniagalah...time tu la  dpt kawin ngn siti khadijah..kaya woo meniaga ni..org meniaga ni tak mungkin lah rugi~mesti untung gk..kalo tak, takde la 9/10 rezeki tu datang dr perniagaan...opss..bebel plak!

If I was a rich girl..na na na na na na!~See, I'd have all the money in the world if I was a wealthy girl..

Hmm..tetiba teringat plak someone penah tnya aku..boleh bawak kubur ke duit byk semua tu?gulp!time tu tersentak jugak la..tapikan..,,dlm dunia skrg ni..serba serbi memerlukan wang..tambah yg dh berkeluarga lah..kalau hidup solo cm aku ni no hal (eh..tapi aku ada hal!i need money!nk gerak kena ada duit nk isi minyak..bayar tol kalo balik kampung, sewa duit hostel, makan minum, tak cukup lg mkn minum rabbit aku..servis kete..duit kete tiap bulan)...tapi takkan selamanya solo..of kos la semua org nk berkeluarga jugak suatu hari nanti..bayangkan lepas kawin..pastu ada anak...nk beli susu baby..pampers baby..mahal tu!semua tu perlukan duit..susu baby yg biasa2 tu setin kecik tu dh RM20..tu blom ckp susu mahal kalau anak tu x seswai ngn susu biasa kan..(kalah susu anlene aku RM5.90 4 kotak..!tak puas ati aku apsl kt kopet jual rm7.20..gila!boikot baru tau!)bukannye nk cukup setin tu sebulan ok..bertin2 la jwbnye..dh la minum >5 kali for new born tu...pampers xyah ckp ah...>RM30..kalo ada 3 anak?opsS~perlukah  family planning di sini?ahaks!bahaya woo amik pil semua tu..kalo nk merancang scr manual mcmlah boleh sgt laki tu kan..wakaakkakaaA!opss~

ok..back to the topic..itu tak  masuk lagi kalau anak tu sakit..esok2 nk blajar..nk hantar pi tadika smart reader pon paling murah RM300 ok..hantar tuition...masuk universiti plak lg kompem pakai duit banyak!Bagi aku, bukanlah aku kemaruk sgt nk kejar kekayaan..bukanlah smpai tahap boleh tukar kereta mewah tiap kali brand new car launching tu mcm datuk2!tapi kita kenalah ada cita2..nk kumpul duit..kalau tak kaya pon..at least duit tu kena ada time nk guna..bukan sekadar cukup makan je...membebel lak aku ni..hmm..apa2 pon, masing2 ada pendapat sendiri...up to you la kalo u think biar cukup makan je...ahahaha!BTW duit byk mana pon tak cukup...kalo kaya nk beli brg kemas RM5juta plak kan..opss~so sbb tu tak cukup tuu..makin kaya makin high la taste tu..

apa yang penting..bersederhanalah dalam setiap segi~jangan makin kaya..makin jauh ngn tuhan..tu mmg tak kena lah tu~renung-renungkan dan selamat beramal!

Quote of the day:
"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi..dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok hari"

ps: bebelan di atas tidak ada niat untuk menyentuh sensitiviti individu, badan2 bukan NGO, persatuan2, siapa2 yg hidup atau yg telah mati..ia tidak lain untuk renungan bersama..
AAA

Aug 1, 2011

SALAM MUBARAK

as usual.....Happy Fasting to all Muslim & Muslimah bagi seluruh kawasan2 yg sewaktu dengannya :D

Malang yg busuk berlaku lg....hari ni genap 3 org geng yok-yok di opis..maka kami bertiga lah yg terpaksa beredar dari bulan yg mulia ini :(

Selamat Menyambut Ramadhan semua!!