Nov 27, 2013

MATI ITU PASTI


Baru menerima berita kematian salah seorang pelajar UTP Batch #Jan 2004 akibat kemalangan di Kerteh kelmarin. Innalillah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh.

Allahurabbi, kadang kala terlupa yang kematian itu sentiasa ada di sisi kerana Malaikat Izrail akan mengunjungi kita selama 70 hari sehari semalam. Maka, disebabkan itulah kita harus persiapkan diri untuk menerima kunjungannya.

macam takut kan?sangat!!


Ini dah kali ke berapa aku tonton video Arwah Ahmad Ammar dalam kenangan (1993 - 2013) mengingatkan aku kepada adik bongsu yang sedang menuntut pengajian di Volgograd, Russia. Agaknya sebab mereka sebaya. Muda-muda lagi dah banyak jasa dan bakti utk Islam. Kita yang tua nih humphh...

Memang sedih dan kagum melihat detik2 pemergian arwah..tertarik juga pada catitan terakhir arwah dari petikan syair Imam Shafie yang berbunyi :

Tidaklah berdiam di tempatnya orang2 berakal dan beradab, dari rehatnya dia berpisah dan dari negerinya dia mengasingkan diri.

Berkelanalah, akan kau temukan pengganti yang telah engkau tinggalkan.
Berusahalah, sesungguhnya kenikmatan hidup ada pada berpenat-penatan.
Sesungguhnya aku melihat diamnya air merosakkannya, bila bergerak ia jernih, bila tak mengalir maka ia tak menyihatkan.

Pada pendapat aku, arwah berjaya merealisasikan impian die mcm dalam petikan syair ni..Arwah berhijrah dan meninggal pada 1 Muharam 1435H dan dikebumikan di sebelah liang lahad sahabat nabi, Abu Al-Ansar di Turki. Syahid di jalan Allah.

Allahuakbar.Subhanallah......Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar. Moga kalian dapat berjumpa dengan tokoh syahid ni di Syurga. Ameen!



AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

2.00 am on my bed at Home Sweet Home

Celik mata terus bukak saji, nampak spageti bolognaise...pergh!

Sebanyak2 spageti tu aku telah berjaya habiskan satu mangkuk (kontra pulak dengan previous post)

Syukur aku dikelilingi housemate dan jiran yang rajin dan masak sedap..eh?

Alhamdulillah.......berjaya mencapai berat ideal dgn tinggi..normal BMI sudah!


p/s: bila lah aku nak pandai masak jugak seperti kalian?tiba2 teringat buku resepi paling tergempak la pernah beli seumur hidupku + paling tebal + paling comel di hatiku

entah mana perginya...


Nov 19, 2013

DEMI MASA

Betullah Membazir tu amalan syaiton tapi lately (macam dah berbulan-bulan) aku makan ke minum ke selalu tak habis.

Membazir duit dan tenaga je p menapau..bancuh air pon tak habis satu mug..aduyai apa la teruk sgt perangai nih!?

Boleh la kot masuk dalam azam 2014?

1)makan kena licin satu pinggan
2)minum air abis licin segelas

Yang buruk itu semua dtg dari hamba Allah yang lemah dan selalu berbuat dosa setiap saat ni :(

Eh lupa dah azam 2013..kena belek blk post awal tahun dulu..sat je lagi sebulan dah nak menerjah 2014.

Penuh bertanda calendar 2013 ku dengan timeline Exam,Senate meeting etc.Sampai bertindih2 dengan Public Holiday yang selalu dilupai..

Bertapalah laju masa mengejar kita.."Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian.Melainkan yang beriman dan beramal soleh"

Tiba2 terdetik dalam hati.."Ruginye waktu berlalu mcm tu je..dihabiskan dengan urusan duniawi.."


Nov 10, 2013

empty~


not to do or to do
not to tell or to tell
not to worry or to worry
not to lie or to lie
not to bother but it bothers


not to scream or just scream
not to cry or just cry
not to pretend or just pretend
not to avoid or just avoid
not to break or just break the wall

whatever it is..
whatever going to happen..
whatever reason..
whatever decision..

keep believing in Qada n Qadar
turn to the Creator
coz He knows best
without u even realize

AAA
-aku yg meroyan-