Jun 27, 2012

Diskriminasi menjatuhkan aku!~

Dedicated to someone~~!


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong...







Lady Sasa

Jun 16, 2012

SELAMAT HARI AYAH

Penat baru abis meeting T_T

Ini ayah saya..berusia 55 tahun..masih bekerja..bergadai nyawa demi anak-anak dan isteri..ingat lagi masa aku dalam kandungan mak, ayah dapat tugasan di Jepun. mak dengan rela hati suruh ayah pergi je walaupun dah sarat..

Lepas tu aku pun lupa sape yang sambut masa mak bersalin..haha sape yg iqamah,wat surat beranak blabla?lupa nak tanya ke atau mak aku yang x sanggup nak cite?hehe tapi aku tetap sayangkan ayah!walaupun dulu2 abang ada bilang berapa hari ayah ada kat rumah setiap bulan. sambil pegang calendar dengan pensel. sebabnya ayah saya bekerja jauh dari keluarga setiap 2 minggu.makanya 2 minggu di laut.2 minggu di daratan setiap bulan.

Kadang-kadang terfikir betapa tabahnya mak aku having a long distance relationship (LDR) dengan ayah *cewah*
Ayah pun apa kurangnya tabah bekerja jauh dari isteri dan anak2..

SELAMAT HARI BAPA buat ayahku...semoga dipanjangkan usia..dimurahkan rezeki..diberi kebahagiaan di dunia & akhirat.

terima kasih kerana telah menunaikan segala permintaanku.tidak pernah membiarkan aku dalam kesusahan..dalam erti kata *manjakan sgt!* nasib baik aku anak paling mengenang budi..heheh 



p/s ; Cuma satu je lagi ayah belum tunaikan..menjadi wali di hari bahagia ku *wkwkwkwkw* =p





Jun 13, 2012

H.U.T.A.N.G

Ada macam-macam hutang kat dunia ni..malah di akhirat pun pasti ada..

bukan hutang duit je, puasa, solat, harta zakat malah susu ibu pun kita berhutang masa kecik2 dulu (makanya janganlah sesekali menderhakai ibu) 

Oleh itu saya ingin menyeru kepada sesiapa yang masih belum melangsaikan hutang dengan Allah sebelum Ramadhan menjelang tiba...AYUH!! Baru ku tahu tak lafaz niat pun dah boleh puasa qada asalkan terdetik dalam hati sebelum menjelang fajar (subuh)




pssst =\ menyesal pulak tak ganti sekali dengan puasa enam *sigh*

Jun 11, 2012

MENTOR 6 - FINALE

JUARA

NAIB JUARA

NO. 3
P/S ; this hapdet special for my ex-roomate yang gagal merampas TV remote control dari ibunya semalam..dari semalam lagi pm tanya "Siapa Menang mentor?Siapa Siapa" sampai tertido..sian kamu cat..nahhh semua orang tahu Caroline menang la *masuk paper,FB,twitter,blog*

Jun 6, 2012

FREE GIFT FOR A SLEEPY HEAD

*yawn* :O

psssssst : arini saya CUTI lagi...*cough2* mama dah semangat packing2 (yakin je boleh discharge arini kannn)..yey!thanks to Dr Daniel & Dr Kuljit

Jun 5, 2012

DUGAAN LAGI JUN 2012

Di saat rakan-rakan sedang mengecapi bahagia (musim kawen le katekan!). Jangan lupa pada yang berduka. Mungkin hari ini hari kami..Mana tahu esok lusa tulat tubeng tunggeng hari kalian pula...Maka senantiasalah bersyukur di atas nikmat yang sedia ada...

by Ustaz Don Daniyal (Original)

Jangan lupa untuk menghargai kesihatan yang Allah berikan..Ni tak,selagi tak jatuh sakit,selagi tulah asyik nak KERJA KERJA KERJA!!opss (sape mkn blackpepper terasalah pedasnye)

Pada 1 Jun yang lalu (Jumaat cuti yey!), seharusnya daku gembira bukan senang nak dpt cuti kan kan..Tapi mungkin ni lah peluang nak buat pahala dengan berbakti kepada ibu selagi beliau masih ada..


nebulizer treatment per hours

die sendiri yang suh amek gambaq..haha *pura2 nebes* :P 

ok tenyum tenyum..*control* (sebab dia suh send gambaq ni kat ayah)


p/s: peristiwa di Prince Court selama 5 hari ini mengajar daku erti berdikari tanpa ayah di sisi..huhu bak kata boss "Please take care of your mother. She brought u to the world. Everything else comes second when she is ill" . Yeah u are right.thanks for approving my leave ^__^

Jun 3, 2012