May 29, 2010

METROJAYA WAREHOUSE SALE

Metrojaya Warehouse Sale is now at STADIUM SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR. Wed 26 till Sun 30 May from 11am till 9pm. Discounts up to 80%. Enjoy great bargains and discounts on cosmetics & fragrances, handbags, apparels, footwear, toys, home essentials and more!!!!!!!!!


P/S: hot air balloon panas!!shopping menyejukkan~~ =))

May 27, 2010

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang

Langit tinggi kebiruan

Pohon-pohon kehijauan

Hembusan bayu yang menyegarkan



Dengarkan di sana-sini

Beburung riang menyanyi

Berbunga aneka warna

Sumber kedamaian jiwa

Mensyukuri nikmat Maha Esa



Begitu berharga kehidupan ini

Bagi mereka yang tahu menghargai

Mengapa terdorong oleh perasaan

Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri

Hadapi lah dengan tenang

Tiap cabaran yang datang

Atasinya dengan keimanan



Sekadar buat renungan

Untukmu teman tersayang

Hitam putih masa depan

Sendirian menentukan

Hidup ini usah persiakan



p/s: renung-renungkan hidup ini sementara.live our life to the fullest!!!~



May 24, 2010

BARU KU TAHU....



rupanya macam2 jenis.macam2 nama bahan2 untuk buat kek ni. macam nama2 chemical pon ada

nak bukak kedai kek pon kena la tahu specific name/nama2 lain bahan2 kek ni

pagi tadi kebetulan nak pickup ucu linda kat stesen bus kangar, aku & wani teman k najwa shopping bahan2 untuk buat kek yang dipesan oleh Puan Ku Syahidah yang sekarang tengah menyambung pengajian PHD di Kobe, Japan.

Antara bahan2 yang dipesan adalah seperti berikut: -

- Bread improver
- Shortening
- Bread Softener (cam softlan plak)
- Ovallete (ni dah bese dengar)
- Yis mauripan packet2 (ni pon)
- Vanilla essence
- Pewarna makanan (merah,hijau,pink,biru,err)
- Tepung Kastard
- Cake Stabilizer
- Krimwell (ni paling susah nak jumpa!!)
- Emulco (chocolate & strawberry)
- Pandan paste
- Piping untuk aising (yang ada mcm2 size mulut?:->)
- Acuan kelim karipapapapapp
- Acuan Semprit

Banyak yang aku tak pernah dengar. Satu je yang x jumpa td iaitu Cake Stabilizer.Tanya kat kaunter rupanya nama lain untuk ovallete.ceh!!penat je cari satu kedai..

hmm baru ku tahu betapa rumit & susah jugak formula nak buat bread/cakes ni. patotla wujud baking & pastry course


ni la kek yang k Ann buat khas untuk besday Ammar, her son =)

p/s: aih xle jadi ni.kena start belajar buat kek..nanti besok besday anak boleh buat kek sendiri.xpayah susah2 tempah kat kedai!! (berangan laagiii)

May 23, 2010

WANTED OGRE


Semalam hujan x henti2..kebosanan melanda lalu ke Jitra Mall menonton wayang bersama k Emot & k Aja..call k Najwa, rupanya dia pon baru tengok wayang tapi bukan Shrek Forever After tapi Suster Keramas!!..err bukan ke maria ozawa pon berlakon filem tu.ops kena tanya orang yg dah tengok sendiri la camtu

haa gini rupenye bila Puss nak bodek Donkey yerk.jegil mata besor2 o_O

kawai!!!^^

p/s: pasaipa tadak orang tengok ANDARTU TERLAMPAU ek ? :p mari~~



May 21, 2010

LAGENDA BUDAK SYAITON

tadi cik kN ajak tengok LBS tapi aku agak blur jugak la pasal apa..pasal dulu aku sgt layan cerpen AKU BUDAK SETAN kat kapasitor. ehem agak 18sx.tu aku terkejut siap boleh difilemkan utk tayangan awam..haha!!

pastu google punya google jumpa poster de gamba Farid Kamil & Lisa Surihani..*sigh*
dimana ada FK di situ ada LS.x berkembang la weh..Semerah Cinta Stilleto.Im Not Single.lagi filem apa entah yg aku x tengok depa belakon together-gether

tapi takpala.sapala aku mau mengkritik filem2 "hebat" sebegitu..tapi memang hangat ek novel Lagenda Budak Setan ni?xtahu pon =pp

maka.harus baca paling2 lekeh pon sinopsis la before menonton filem tersebut..haip!!

May 17, 2010

tatau nk ckp pe dah!


Pelajar UTP kecewa layanan Petronas
Wakil pelajar Jan 2010
Saya mewakili pelajar lepasan SPM 2009 yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kemasukan Januari (menggunakan keputusan percubaan SPM), ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan kepada kami.
Untuk pengetahuan tuan, kami disenaraipendekkan untuk belajar di UTP melalui temuduga dan keputusan percubaan. Mengikut faktanya ,semua pelajar kemasukan Januari dan juga Mei lepas telah ditaja penuh oleh Petronas.
Namun, berbeza pada tahun ini 2010 kerana kami dimaklumkan bahawa terpaksa belajar dengan tanggungan sendiri pada semester pertama dan dijanjikan biasiswa untuk semester kedua (bersama dengan kemasukan Mei 2010).
Walau bagaimanpun, ramai yang terkejut dengan keputusan biasiswa Petronas yang baru dikeluarkan. Hanya 68 orang daripada sekitar 300 pelajar yang ditaja oleh Petronas sedangkan kami semua dijanjikan biasiswa tersebut sekiranya keputusan SPM kami mencapai atau melebihi 9A. Ramai pelajar yang mencapai 10A+ ke atas tidak mendapat tajaan tersebut.
Tambahan lagi, ada sebilangan kecil pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang untuk membayar semester pertama dengan harapan ditaja bagi semester kedua berdasarkan apa yang dijanjikan oleh Rektor Universiti Teknologi Petronas , Datuk Dr  Zainal Abidin.
Apa yang mengejutkan, pelajar yang mana ibu bapanya sanggup berhutang telah mendapat keputusan yang amat cemerlang  iaitu 13A dalam peperiksaan SPM 2009 akan tetapi tidak mendapat biasiswa Petronas.
Berita ini telah mengecewakan ramai pihak kerana kami telah membayar sebanyak RM5,692 dan juga RM720 untuk yuran pendaftaran untuk semester pertama. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup yang tinggi di sini. Kami semua (termasuk ibu bapa) telah merasa begitu bangga kerana layak untuk menjejak kaki di UTP ini, tetapi kami dilayan sebegitu rupa. Disebabkan keadaan ini, ada yang telah keluar daripada sini dan memasuki  matrikulasi dan IPTA. Mereka telah membazir masa dan wang yang banyak. Kami seolah-olah dipermainkan dan diperniagakan.
Untuk pengetahuan tuan, kemasukan Mei  2010 ini, majoritinya ditaja oleh Petronas. Memang benar PTPTN ada memberikan pinjaman kepada pelajar IPTA dan IPTS , namun pinjaman yang diberikan setiap tahun tidak dapat menampung yuran pengajian yang agak mahal berbanding IPTA.
Untuk pengetahuan tuan, yuran bagi satu tahun pengajian asasi adalah sebanyak RM14,235. Apa yang dimaklumkan kepada kami, PTPTN hanya memberikan pinjaman maksimum sebanyak RM7,000 bagi setahun pengajian asasi . Hal ini jelas bahawa pinjaman yang diberikan oleh PTPTN tidak cukup untuk membiayai kos pengajian asasi selama setahun di sini.
Selain itu , kami telah membuat beberapa perbincangan dengan wakil pelajar UTP dan Education Support Unit (ESU) daripada KLCC. Akan tetapi kertas kerja yang dibuat oleh wakil pelajar UTP tidak dilayan oleh piihak ESU. Kami begitu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak Petronas iaitu sebuah badan kebajikan dan mempunyai ‘social responsibility’ yang tinggi namun sanggup tidak menepati janji.
Akhir sekali, kami berharap agar pihak tuan dapat membantu dengan mencari jalan penyelesaian agar pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dari segi kewangan seperti kami dapat meneruskan pengajian di sini. Kami juga berharap dengan pennyebaran masalah ini dalam media massa dapat menyedarkan pihak Petronas dan UTP atas masalah sebenar yang kami hadapi.
Sekian terima kasih.
 p/s:hMMM tatau r nk ckp ape lagi..mcm2 dh skang ni..sebek aku dah lepas!ALHAMDULILLAH..skang tak dpt skoler pet pon xpe..JPA sudey~

May 13, 2010

ADA AKU KESAH?

Makanan pelik2 taik minyak taik itik..~

Memang x dinafikan makanan skg pelik2 dan best2 tapi aku dah xkesah sgt ar sebab gara2 pasal makanan la punca datangnya penyakit.lagi satu ....masalah kegemukan!!!?sapa yang makan mcm2 tu terasa la sendiri :p

so berpada-pada la dalam mencari makan..haha!kalo ikotkan takat ikan rebus cicah budu berulamkan timun pon, aku boleh taram sampai kekenyangan..dgn kata lain x memilih sgt/cerewet tang2 makanan ni

lagi satu tebiat burok aku yg sukar dikikis - makan x ikot masa.makan ikot mood.makan ikot sedap tekakkk je

tapi jgnlah sampai makanan tu lgsg x diterima akal seperti rentung semasa kejadian goreng.hangit.beku dan sebagainya..tu org gila pon x makan

kesimpulannya: nak belanja aku makan, type ON MAKAN dan hantarkan ke 012-967 * 967

:D :D :D

-fuhh..lama siot x update blog ni!!kan dah terlawyer burok

May 8, 2010

Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan untuk Pengoksida yang lembab ( slow oxidisers)



Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan untuk Pengoksida yang lembab ( slow oxidisers)

Pengoksida lembab tidak dapat mengunakan karbohidrat dengan mudah. Ini disebabkan metabolisma karbohidat nya tergendala .Pengambilan makanan yang berbentuk karbohidrat seperti tepung putih, gula putih, nasi putih dan makanan berkanji yang lain menyebabkan kadar gula dalam darah naik dengan cepat, ini pula akan menyebabkan hormon Insulin tercetus untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya gula ini bertukar menjadi lemak dengan tindakkan satu lagi hormone ia itu glucagon.
Tindakkan Insulin akan menyebabkan gula dalam darah menurun terlalu cepat dan individu ini akan terasa lapar semula didalam masa yang singkat.

Gula ini tidak bertukar menjadi tenaga , disebaliknya bertukar menjadi lemak dan inidividu ini akan terasa lemah dan tidak bermaya serta mengiggil lapar dan ketagih kopi/teh atau gula serta coklat dan bahan bahan manis yang lain.
Cara mengatasi pusingan buntu ( viscious cycle) sebegini adalah dengan mengatur makanan dan jadual supaya kadar gula didalam darah tidak naik dengan mendadak, memakan makanan dari sumber protin 10% lebih dari biasa, pastikan pengambilan protin tiga kali sehari, ia itu pagi , tengah hari, petang.
Kurangkan pengambilan lemak dan minyak dan makan karbohidrat yang komplex, yang mengandungi kadar serat yang tinggi seperti buah berserat, dan sayur.
Tidak perlu berlapar malahan anda digalakkan mengelak dari lapar sebab lapar akan menyebabkan cara pemakanan ini gagal dan pusingan buntu mengambil alih semula.
Disamping mengurangkan berat badan atau menghentikan berat badan dari terus naik, anda akan memerolehi laba yang lain dari mengamalkan cara pemakan sebini ,ia itu peningkatan tenaga anda serta ketenangan emosi akan terhasil.

Prinsip asas pemakanan pengoksida lembab:


  • 1.Elak memakan karbohidrat yang diproses. (refined carbohidrates), contohnya gula, roti putih, tepung putih( roti canai ), kueh mueh, coklat


  • 2. Makan lebih kerap dangan menyelitkan makanan berserat tinggi diantara makanan utama. Contoh makanan sebegini adalah lobak merah mentah, ubi sengkuang, timun, batang `celery’, pear, buah lai, epal.


  • 3.Naikkan kadar protin yang dimakan, gunakan cara masakan yang tidak menggunakan banyak minyak dan gunakan minyak yang mengandungi EFA. (Asid lemak yang diperlukan oleh badan ) dan anti penoksida yang tinggi. Contoh lemak sebegini yang paling baik adalah Carotino yang mengandungi beta cartene, tocotrienol dan vitamin e. Lain lain minyak yang baik ialah minyak zaitun dan minyak kelapa sawit. Cara masak `stir fry’ menggunakan minyak sedkit dan menambah air bila kering adalah sesuai. Selain ini, kukus dan rebus serta bakar adalah juga baik.


  • 4. Elak kopi, teh , serta gula dan minuman `pop’.
Apakah petanda petanda bahawa anda mengalami masaalah menghadzam karbohidrat dan dengan ini, sensitif terhadap karbohidrat jenis gula/ refined ( simple carbohydrate)?


  • Ketagihan pada kopi, teh, milo dan bahan makan yang manis.


  • Cepat mengigil bila lapar dan cepat lapar setengah hingga satu jam selepas makan terutama bila makan benda manis atau yang banyak kanji.


  • Kurang bertenaga dan cepat terasa marah atau mengalami emosi yang lain seperti murung,kurang keyakinan diri.


  • Kurang daya tahan dan cepat letih.


  • Berat badan senang naik tetapi susah nak turun.


Jadual Makan dan contoh menu untuk diamalkan bagi mengatasi masaalah pengoksida lembab.


  • Sarapan di ambil selewat lewatnya setengah jam selepas bangun tidur.


  • Minum air suam sebaik saja bangun tidur.


  • Sarapan berbentuk sekeping roti berserat, telur rebus atau sepotong keju keras, atau lauk seperti tuna, sardine , daging rebus, ikan dari gulai, ayam, daging dll. Roti boleh digantikan dengan oats, atau nasi setengah cawan.


  • Pukul 10 pagi, carrot/ubi sengkuang/ timun/ guava/ pear/ epal ( satu mangkuk atau sebiji)


  • Pukul 12 tengahari:


  • Makan tengah hari : Ulam semangkuk atau salad.


  • Sebahagian ikan/ daging/ makanan laut/ ayam


  • Setengah cawan nasi/sekeping roti berserat/ sekeping capati/setengah mangkuk pasta.


  • Pukul tiga petang : sebiji limau atau belimbing.


  • Pukul 5 petang seperti pukul 10 pagi


  • Makan malam paling lewat pukul 7.30 petang dan sama seperti makan tengah hari. Soup kacang campur (mixed bean soup) boleh menggantikan nasi dan lauk. Adalah baik sekali sekala memilih protin dari sumber tumbuhan dan bukan binatang . Protin dari soya dan juga dari makanan jenis kacang boleh menggantikan protin binatang.

Beberapa makanan yang akan mengagalkan racangan untuk menstabilkan gula dalam darah adalah:
Susu, youghurt, jus buah buahan, buah berkanji seperti pisang dan betik, kurma, kismis, madu ,jem, roti canai, bun manis dan lain lain.<--erkk...benarkah?


May 6, 2010

NOVEL DENGAN HARGA RUNTUH



For uols information, kami telah membuka bisnes menjual novel terpakai/terbaca :p

ecewah..~

Harga sangat reasonable and affordable for everyone sebab dah classified based on condition :)

Antara publisher keluaran2 novel tersebut adalah tidak asing lagi ALAF 21, Creative, JS, Ryhtym, Nylea, iBook, NB, KarnaDya, Ebiza, Prima, iBP, Intens, KAKI Novel, Diwangsa, Fajar Pakeer etc

Minat baca novel melayu? boleh la singgah sini.macam-macam ada.murah2 belaka

Terbitan Fajar Pakeer


Terbitan Nylea


Terbitan NHF Media


Terbitan Kaki Novel

Terbitan NB



Sekian...



May 2, 2010

COCKTAIL -version mak


Musim2 kemarau begini ada eloknya lebihkan buah-buahan & sayur-sayuran. Ehhh nak cakap panas2 ni sedap kalau sejukkan tekak dengan minuman cocktail seperti kat bwh ni. Berdasarkan resepi mak aku

Bahan-bahan yg diperlukan:
Susu cair ideal, Cocktail, Tepung kastad, Telur, Nata de coco, Laici

Cara-cara membuat:
1) Panaskan susu cair
2) Bancuh Tepung kastad tuang
3) Belasah telur cukup2 pastu tuang
4) Angkat dan sejukkan.
5) Tuang saja cocktail,nata de coco & laici itu
6) Finally tuangkan ais sebanyak yg mungkin.yummeh!!

bolos saja dinding itu....

sebelum
selepas akan masuk ke dalam trakea lalu ke perut.burp!


10 Blog Kegemaran..~

1)Suka terjah blog yang ada radio & lagu best!

2)Suka terjah blog yang berkontroversi melalui komen & foto yg diupload

3)Suka terjah blog yg mcm butik.kedai runcit.stor barang.shopping mall dan sewaktu dengannya

4)Suka terjah blog artis!penuh dgn gossip yeyeh i loike <3

5)Suka terjah blog org nak kahwen.siap counting days lagi tu..teruja!

6)Suka terjah blog ada makanan delicious.yummeh!

7)Suka terjah blog yang suka tayang baby.haha!padan muka nasib baek aku x culik :p

8)Suka terjah blog yg ada kucing comel^^ especilly yg berbulu kembang,gebu,montok,nyaman gitu!

9)Suka terjah blog sweet couple yg baru kahwen.tyg2 gmba sanding & honeymoon gitu!xpela show off "benda" yg halal.sedap mata memandang.opss~ =bb

10)Suka terjah blog percutian 3hari 2mlm!ala-ala destinasi bajet..fuuuuuuuuuuu

May 1, 2010

MIND MY OWN BUSINESS

Tetiba terdetik nak berbisnes tapi tapi tapi tapi..

Tulah dia mesti bertapi-tapi kalau nak buat sesuatu.tu maknanya x bersungguh

Janji minat..sebab minat tu dpt melupakan serba sedikit masalah nanti

InsyaAllah