Oct 31, 2010

RUMAH UNTUK DISEWA

RM 270/month = 2 bilik + 1 master bedroom

mana nak dapat dah zmn skg?memang x kan jumpa la..

so stop ngomel-ngomel...patot bersyukur dah duit x byk spend utk bayaran umah sewa mcm orang lain..

sebab standard rate umah sewa skg pon dah naek 380+..tu pon ada yang kena byr deposit 3 bulan siap!huih yela org zmn skg bkn boleh dipercayai dah.x mcm dulu

tapi umah aku x payah kena byr deposit apa-apa...cukup bulan,sampai 27hb, bank in saja lorh =D

pelik tapi benar.ramai betul yang cari rezeki/belajar kat cni....nape ek?cuba bagi 3 alasan at least =P

sebab kebanyakan yang kol2 tanya pasal umah sewa ni di kalangan pekerja2 & penjawat awam.mb nasib depa kena posting kat cni?yang sambung master kat cni nape ek?lower living cost?yuran unimap murah ke?ops~

aku rasa harga makanan dah mcm nk naik taraf je skg...tapau nasi separuh+ayam goreng td pn dah rm3.50 (tu belum p anjung keli lg)

parking problem!disebabkan terlebih "orang luar"/x cukup kawasan..

aku dah bosan la jadi agent mencari umahsewa ni!im sick of this life!i just wanna scream.how could this happen to me~nape la bkn agent mencari jodoh ke,cari menantu ke =)

Oct 29, 2010

OH BOSS

pagi tadi baru teringat hari ni last claim gaji!dah nak abis bulan october...uwaaa!! T_T

terus sms boss nak mintak sign..

aku: Salam...En ****** ada kat opis tak arini?

boss: saya cuti nak nikah..kenapa?

aku:..........

aku: Tahniah!arini last claim gaji.Nak saya tolong signkan bagi pihak En ****** ke? :D

boss: ok boleh la..saya masuk keja balik Selasa depan *hurey*\o/

p/s: hooyeah akhirnya boss aku menamatkan zaman bujangnya..SELAMAT PENGANTIN BARU BOSS!! semoga berjaya menyambungkan pelajaran ke peringkat PHD plak.dah dapat pasangan hidup kan :)

Oct 27, 2010

GOOGLE


peLik ar LateLy asaL La saLu sgt kuar menda aLah ni biLa googLe ar?

dahLa susah giLa nak baca,kalo ada sapa2 yang boleh baca tu mmg gua salute ar o/

ingat gua alien ke apa...*sigh*

gua tensen x boleh google..tu yang gua melepas perasaan kat cni..hek~









Oct 25, 2010

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-23

Semalam ada cita best Anugerah Skrin @ TV3..time iklan tetiba ringan je nak tekan TV1..siyes memang kitorang x tau pon ada FFM live masa tu.maybe xdak sgt iklan kot sbb astro & TV1 jela yang tayang

So layannnnnnnnn la sampai habes memandangkan cita Sheila Rusly & Fauzi Nawawi tu dh lama tayang sebelum ni..

Antara keputusan yang aku ingat semalam adalah...


Pelakon Lelaki Terbaik - Bront Palarae (mati2 ingat mamat ni org siam rupanya nama sebenar dia lawa je - Nasrul Suhaimin)

Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surirumahku (opss Surihani - suke ati mak bapak zizan je ckp cmtu smlm)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam!! (love u <3)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Yana Shamsudin ( xtau pon nama sbnr dia nih tp yg aku kenal rapat- Siti Kelembai la)

Pengarah Filem Terbaik - Shamsul anak Yusof Haslam (ololo tau la 1st time menang award..meriau gila mamat ni smlm)

Filem Terbaik - Magika (xdak selera nk tonton sbb ada Mawi.hek sori)

Filem Komedi - My Spy? (i hv no idea)





p/s:Anugerah yang lain-lain cam x berminat sgt pon nk tau..hee~ sekian





Oct 21, 2010

MELAKA MAJU 2010

Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan

20/10/2010 8:08pm

MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.


Sumber: Utusan Malaysia

Oct 20, 2010

OH AM GEE

Semalam k aza bawak laksa mai opis maka aku update la status kat ym

kat opis depan,tiba-tiba bos aku mintak tapau laksa utk dia...

alamak x pernah pon nampak dia dlm ym list...adakah dia invisible utk stalk status2 org?

uwooo,apakah selama ini dia memerhatikan status aku yg suke berjimba ke sana sini time office hour? *sigh*

moral of the story: mulai hari ni x boleh dah update status ym bukan2~

Oct 10, 2010

nk balik ke idak?

huraay!dh abis test optimization~lega!klas die pon dh abis~hepi2..tapi lately aku rasa aku makin careless dan lembap skit nk settlekan numerical operation ni!hampeh!page 1 dh byk potong..last2 aku salin balik pakai kertas baru..dh la pakai pen!konfiden je~hahahahaA!demit..rupanya salah gak bila cek balik umah..careless ok!tapi sebek final answer x=0 gak!peh~sebek lagi..tapi before wt correction mmg kompem silap~ALHAMDULILLAH!=)

aih..before ni dok plan cam nk balik esok~homesick tol la..teringat kt katil rumah~wahahahA!teringat bilikku yg gelap~teringat kat ***** mwaahAHhahA~cm ape je.sja je kasi suspen...=p

dh la terlepas kenduri schoolmate kt ipoh..blah laki plak 16oktober kt perlis!nak balik tapi konvo la plak~kwn aku dok ajak gi sama dah~huhuhu..sedey2..byk kenduri terlepas ni~T__T nk wat cane.takdak rezki nk makan sik minyak~waaaAAAAAAAAAAAA

persoalannya nak balik ke idak..ikotkan ati nk balik sekarang jugak!tapi lupa plak esemen tak anto agi..dh r anto lmbt~takde tmpt nk bertnya..sebek klas optimization tadi ade classmate modelling gak..hahahaA!tapi tak dpt2 gak solution ni...cam hampeh je result..aisey...kene siapkan malam ni gak!esok nk balik~~~~~~~~lalalaA!skali tak balik..down~

=="homesick"er==

Oct 7, 2010

SUKAN KOMANWEL 2010




Mungkin ramai yang tidak peka dengan penyertaan Malaysia dalam Sukan Komanwel XIX 2010 yang sedang berlangsung di Delhi, India pada 3 - 14 October ini.

Setakat ini, Malaysia berjaya meraih 1 pingat emas yg pertama dalam acara angkat berat kategori bawah 56kg.

Nape mulot die gitew? :">


Kemudiannya emas kedua berjaya diraih oleh Aricco Jumitih yang berasal dari Sabah bagi acara angkat berat 62 kg..Tahniah!!

Emas ketiga dapat la jugak walaupun sekejap jer gara2 Josiah Ng, pemain dari New Zealand tidak berpuas hati dengan kejayaan Mohd Azizulhasni Awang yang terkeluar dari garisan dalam pusingan akhir.Biasala keadilan mesti ditegakkan demi kemenangan! (eh aku pembelot negara ke :P)

Sudahlah pingat emas dirampas, perak pon x layak dapat!haha adoi malang x berbau~sian je azizul tu excited pegi tweet awal2

hah perak,gangsa malas aku cite ( x penting pon!) erghh tak2.. maksud aku.kome tengok lah sndri kat link ni ek! - crdt to kimirekonen -

dah nak kol 5..adios amigos!!~



Oct 6, 2010

jangan pegang-pegang~

heee!mula2 dgr rumet aku bukak. aku cam wei lagu pe ni! rupanya Ana Raffali~Cam tak caye plak..pastu 2nd time dgr kt radio trus layan~hahahahA!bes gak..i like Ana Raffali!Dh r cun, comey, gorgeous!opss terserlah ke"gay"an..>_<"




Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)
lalala~hepi r lagu ni..hehhe~

Oct 5, 2010

WHOPPER @ RM1 ONLY??

psss leha/Cik Emot : wewit!!ramai2 pakat serbu burgerking esok...valid utk es0k jer yer!!

K.A.W.A.N

APA ERTI KAWAN?

a. senang sama senang, susah sama susah
b. senang sama senang, susah aku tak kisah
c. susah tolong-tolong, senang tinggal-tinggal
d. senang sorang-sorang, susah pon sorang-sorang

ANDA SPESIES KAWAN YANG MANA SATU?

renung-renungkan & selamat beramal~~ =p

Oct 1, 2010

kuih makmur

hehehe.sesungguhnya title entry ini takde relation langsung dgn post ni.tetiba keluar iklan kuih makmur, so letak je la.malas nk pikir title yg seswai.asik sama je.heee~

ketahuilah bahawa aku sungguh, amat, teramat, bosan harini. pagi tadi after test trus membuta~serabut.tak cukup masa. silap buat.hakhak.padahal dh amik engine econ dlu. yet still the same!ye la blaja week ni, week ni gak test. tak smpt nk kaver.esemen yg hantor tadi pon de yg tak kaver test. memang r tak cukop practice. terhegeh2 nak kira + lukis diagram/graf. malu je kt lecturer. dh r lukis investment balance diagram terbalik~tidak!sebek 10% je. berusahalah for test 2, project and final!=D =D =D

then bangun2 cek emel. tup keluar kt gmail dpt assignment 2 process modelling!woarghhh~byknye. tu tak tambah lg assignment optimisation, heat integration, project safety, econ!just name it!semua subject ada.tak abis2 lagi~ seme course nak melambak time skang! time undergrad takpe boleh tiru. haha. redha je la~dh nama pon student.

haha~di tengah2 kesibukan ni boleh plak aku rasa bosan. nak buat something yg fun. nk makan something yg fun. boleh tak. tapi tatau apa. rasa cm nk buat something. rasa bosan. kosong! aih~~adakah sebab aku makin tua?do i need somebody to talk?~hmmM!Tidak tidak tidak~tak suka cmni!

by the way, how to define fun? is it:

a. behaving as cool as spongebob
 
OR

b. living in kids world

OR

c. having lots of friends

OR

just sms: ON FUN~=D

hehe.just wondering. coursemate aku smlm tnye tmpt makan yg best kt tronoh ni~ susah gak nk jawab. aku terpikir kerang bakar kt medan gopeng tu je.dh r jauh. boleh die ckp tak special! kt KT pon hari2 boleh makan. tatau la cemana kerang bakar kt sana. tapi yg kt medan gopeng tu special sebab die letak spice rasa best gile, since dlu aku mmg tak suka kerang. lps makan kt situ aku cm suka. hehe. So since dia ckp kerang tak special, aku terpikir, how to define special? bagi aku special= sedap, lain dari lain. hahaA. ADE ke kedai cmtu kt tronoh ni??haih. bosan. bosan. bosan. apsl la aku boleh sambung kt sini~sigh!

==me, messy, messy life in Toronto==