MATI ITU PASTI


Baru menerima berita kematian salah seorang pelajar UTP Batch #Jan 2004 akibat kemalangan di Kerteh kelmarin. Innalillah semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh.

Allahurabbi, kadang kala terlupa yang kematian itu sentiasa ada di sisi kerana Malaikat Izrail akan mengunjungi kita selama 70 hari sehari semalam. Maka, disebabkan itulah kita harus persiapkan diri untuk menerima kunjungannya.

macam takut kan?sangat!!


Ini dah kali ke berapa aku tonton video Arwah Ahmad Ammar dalam kenangan (1993 - 2013) mengingatkan aku kepada adik bongsu yang sedang menuntut pengajian di Volgograd, Russia. Agaknya sebab mereka sebaya. Muda-muda lagi dah banyak jasa dan bakti utk Islam. Kita yang tua nih humphh...

Memang sedih dan kagum melihat detik2 pemergian arwah..tertarik juga pada catitan terakhir arwah dari petikan syair Imam Shafie yang berbunyi :

Tidaklah berdiam di tempatnya orang2 berakal dan beradab, dari rehatnya dia berpisah dan dari negerinya dia mengasingkan diri.

Berkelanalah, akan kau temukan pengganti yang telah engkau tinggalkan.
Berusahalah, sesungguhnya kenikmatan hidup ada pada berpenat-penatan.
Sesungguhnya aku melihat diamnya air merosakkannya, bila bergerak ia jernih, bila tak mengalir maka ia tak menyihatkan.

Pada pendapat aku, arwah berjaya merealisasikan impian die mcm dalam petikan syair ni..Arwah berhijrah dan meninggal pada 1 Muharam 1435H dan dikebumikan di sebelah liang lahad sahabat nabi, Abu Al-Ansar di Turki. Syahid di jalan Allah.

Allahuakbar.Subhanallah......Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar. Moga kalian dapat berjumpa dengan tokoh syahid ni di Syurga. Ameen!



Comments

Popular Posts