BIGAMI

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

Lagu di atas adalah ost drama Bigami arahan Din CJ..terfikir ada beza ke Bigami & Poligami??menarik plot cerita ni..pernah dgr lakonan dalam lakonan?hehe

drama Bigami ni mengisahkan sepasang suami isteri Sidi Oraza & Azizah Mahzan dan kemunculan org ke-3 iaitu Haliza Misbun yg menjadi punca keretakan rumahtangga mereka. Rakan mereka adalah seorang penerbit drama. Atas permintaan Azizah Mahzan yang ingin meluahkan perasaan terkilannya terhadap sikap suaminya yang makin berubah sikap maka terhasil la sebuah drama yang bertajuk "PARASIT" lakonan semula oleh Jalaludin Hassan (sebagai suami) & Aida Rahim (isteri) & Norazah Aziz (perampas)

tiba2 rasa kelakar pulak tgk pelakon2 lama ni beraksi dlm drama dulu2..mekap x mcm skg.dlu putih melepak.skg natural beauty gitu..tulah org cakap "DULU LAIN SEKARANG LAIN"

peace~

Comments

Post a Comment

Popular Posts