NAIK LAGI?


Ya benar harga petrol RON 97 naik sebanyak 10 sen seliter sejak tengah malam smlm...iaitu mulai 5 Januari 2011.

Pada 1 December 2010 yang lalu telah gempar dengan kenaikan sebanyak 15 sen iaitu menjadikannya RM 2.30 seliter.

Pada hari ini menjadikannya RM 2.40 seliter.hmmm berikutan harga petrol RON 97 memang diapungkan mengikut harga pasaran minyak mentah dunia, kita tengoklah sampai bila bertahan dengan harga sekarang.

Harga petrol RON95 masih kekal pada RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Tapi macam x lama lagi akan naik jugak jer? *sigh*

Mengikut sumber, harga minyak mentah dunia meningkat kepada AS$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA


p/s: eh betul ke kebanyakan kebakaran dalam kemalangan tu disebabkan RON 95?wuuu~sejauh manakah kebenarannya?

Comments

Popular Posts