REJAB 2011

Bismillah....Alhamdulillah masih dikurniakan nyawa lg utk hari ini

Mesti ramai yg sedia maklum pada malam Jumaat yg lalu iaitu 3 June 2011, telah masuknya bln Rejab bagi kawasan2 yg sama waktu dengannya (itulah gunanya calendar Cina, terselit gak bulan2 Islam.kalo tak, gerenti tak tahu lgsg pun.hihu)

Maka pada hari ini, nak berkongsi sesuatu dgn kaum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah sekalian (eceyh..bajet Tanyalah Ustazah lg)

Iaitu fadilat2 berpuasa di bulan Rejab..Hmm bkn nk ckp berpuasa shj tapi itulah sebaik-baik amalan di bulan yg mulia ini.kadang2 ada betul nya jugak.al-maklumlah sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yg bakal tiba. latih perut anda mulai sekarang! :D

Tambahan pula, ini peluang keemasan bagi wanita2 yg masih belum selesai menggantikan puasa2 yg tercicir di Ramadhan yang dah lama meninggalkan kita. Astagfirullah (MasyaAllah lalainye)

Antara fadilat2 nya...

1)berpuasa satu hari seperti berpuasa 40 tahun (bkn 40 hari ye) dan diberi minum air dari syurga tertinggi

2)berpuasa dua hari - dilipat gandakan pahalanya

3)berpuasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah serta dibinakan sebuah parit panjang menghalangnya ke Neraka

4)berpuasa empat hari - diselamatkan dari azab di akhirat dan fitnah Dajal

5)berpuasa lima hari - aman dari azab kubur

6)berpuasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan wajah bercahaya

7)berpuasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

8)berpuasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

9)berpuasa sembilan hari - apabila keluar dari kuburnya lalu mengucap 2 kalimah syahadah dan tidak ditolak dari memasuki syurga

10)berpuasa sepuluh hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap utk terbang seperti kilat di titian tersebut.

11)berpuasa tiga belas hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti berpuasa 3000 tahun

12)berpuasa empat belas hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun

13)berpuasa lima belas hari - Allah mengampunkan dosa2nya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan

14)berpuasa enam belas hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga

15)berpuasa sembilan belas hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim & Nabi Adam

16)berpuasa dua puluh hari - Allah mengampunkan segala dosanya dan melalukan amalan baik dengan baki umurnya



p/s : byk lagi sebenarnya tapi setakat ni jela yang mampu nak dikongsi..harap2 mampu buat setakat yg termampu dgn sempurna
Link


sumber : Unit Pendidikan Islam & ICT , PPD Jasin

Comments

Popular Posts