jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!

semasa aku sedang leka menolong Lala makan, tiba2 ada seekor kucing memanjat tembok tepi rumah memandang sesuatu..dalam hati terfikir.,nampak mangsa ke apa..aku terus mengalih pandangan ke arah Lala yang terkapai2 hendak menggonggong carrot walaupun telah dipotong nipis, dek gigi yang sudah mula memanjang..sedang aku ingin menyuapkan carrot ke mulut Lala, Lala diam, terpaku memandang sesuatu di hadapan..begitu juga Kiki, Chi2 dan Fifi..seolah2 terpandang sesuatu...di saat itu angin bertiup sepoi2 bahasa..dengan penuh rasa ingin tahu, aku memandang ke belakang, mencari tahu sesuatu yang membuatkan rabbit2 ku dan kucing terpaku sejenak..bukan!bukan sejenak..!lama juga..tapi aku hampa..tiada apa yang kelihatan.,,,aku terfikir...rasanya sudah lewat malam..aku masuk ke dalam, melihat jam di dinding..2.30 pagi!terasa seram sejuk....namun aku tidak berpuas hati..aku memandang ke arah yg sama untuk mengetahui apa yang dilihat oleh haiwan2 ini...tiada apa yang kelihatan..lantas aku teringatkan AL-HIJAB, sebuah filem seram, dibintangi Pierre Andre dan Nur Fatiya..


yang pasti aku tak mahu menjadi seperti watak Pierre Andre dalam filem ini,.yang mahu hijabnya dibuka!ahhh..tak sanggup rasanya...walaupun perasaan ingin tahu itu membuak2..aku rela tidak nampak apa2 benda ghaib...yang mungkin menyeramkan!

sekian!

p/s: damn!penat siot nak buat karangan!bajet nk buat ayat novel..tapi dh bertahun2 rasanya dh tak baca novel dan lupa dah ayat2 novel ni cemana...
Lady Sasa

Comments

Post a Comment

Popular Posts