May 3, 2009

Facebook punca keputusan teruk


COLUMBUS - Pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kebimbangan guru guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web Facebook didapati bertambah teruk dalam peperiksaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna Facebook yang kerap meluaskan bilangan kenalan, menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak.

"Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari Facebook kurang mengulangkaji pelajaran", kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Ohio, AS.

Menurutnya, terdapat pelajar yang mengulangkaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari Facebook.

Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi menegnai ramalan ulang kaji dan masa yang diluangkan untuk melayari Facebook. - Agensi



1 comment:

  1. pe lakkk...dh malas nk salahkan facebook...kuang3

    ReplyDelete