TYPE JANGAN SEBARANG TYPE
PETALING JAYA, Jan 15 — Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan rangkaian sosial Facebook untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan awam lima hari lalu di sebalik serangan terhadap gereja-gereja ekoran isu penggunaan kalimah “Allah”.
Mohamad Tasyrif Tajudin, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan didakwa di bawah Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mencuba untuk mengancam keselamatan awam menerusi tulisannya dalam Facebook.
Pelajar itu menulis “kenapa? nak aku baling bom petrol pulak kat sana?.. harga boleh runding” semasa membalas tulisan berkaitan isu kalimah “Allah”.
Dia mengangguk tanda memahami pertuduhan itu, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin.
Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.
Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.
Mohamad Tasyrif, pelajar tahun pertama jurusan perfileman tidak diwakili peguam dan ditahan sementara menunggu sebutan semula kesnya itu.
Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...”
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Jan lalu.
Pertuduhan membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pendakwa raya menawarkan ikat jamin RM10,000.Dia yang tidak diikat jamin akan ditahan sehingga Isnin ini apabila mahkamah bersidang untuk menetapkan tarikh sebutan kes.
p/s:hmm kesian pon kesian.boleh la nak buat pepatah baru "disebabkan jari, badan binasa" .so pasni berjaga-jagalah dalam mengeluarkan ayat2 x kiralah di mana anda berada.i can hear u~~
Yang Bersimpati,
AKU

Hahahaha..pastu dak2 unimap kena warning ngn dato~isk3
ReplyDeletekena warning?motif?? :P
ReplyDeletemotif supaya korang plak tak baling apa2 kat bioproses tuh!
ReplyDelete