TAK PAYAH!TAK PAYAH LA AKU CAKAP



Tidak payah, tidak payah, tidak payah!

Itu saranan berulang kali, ironiknya daripada seorang pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara bertajuk BOLEHKAH seseorang artis menjadi ikon dalam masyarakat?

Tu baru pendapat artis kita sendiri berdasarkan pengalaman beliau sendiri.Hmm apa pula kata anda?yang bukan dan belum lagi menjadi artis.ahaks!!ada hati ke?tepuk dada tanya selera okeh

Tapi jarang la ada orang berani macam dia ni nak mengaku macam KARTIKA dan sanggup dihukum di khalayak ramai.sangat kagum dengan mereka-mereka ini

Kata wanita ini, walaupun ketika itu kehidupannya agak bebas tetapi dia sentiasa mengingati pesan ibu bahawa seorang perempuan hanya boleh 'disentuh' oleh suami sendiri.

"Satu hari selepas boyfriend saya tinggalkan saya, saya terkapai-kapai. Dia kata sayang saya tetapi saya ditinggalkan, saya tanya diri sendiri, apa saya nak buat ni? Saya ni nak jadi apa? Saya tak tahu saya nak jadi apa, saya tak tahu.

"Setiap hari makan bangun tidur, malam pergi kelab malam, enjoy, balik rumah, itukah tujuan hidup kita? Saya terdiam dan saya cakap dekat mak saya mahu menunaikan umrah.

"Saya pergi Makkah dengan niat, Ya Allah, tolonglah bagi saya hidayah Ya Allah, saya amat memerlukan kasih daripada Allah, kalau Allah tidak sayang saya, tidak ada gunanya saya hidup.

"Orang lain tidak sayang saya, orang lain tidak suka saya, saya tidak kisah, tapi kalau Allah tidak sayang saya, saya tidak boleh hidup," katanya.

Hmmm sangat sesuai diaplikasi dengan situasi aku sekarang..terimakasih wardina!!kalau dulu saya sering berdolak-dalih bila parents ajak menunaikan umrah.belum bersedia lagi la apela..*sigh* doakan semoga hati saya betol2 terbuka dan mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar.insyaAllah

Yang Insaf,

AKU

Comments

Post a Comment

Popular Posts