MOTHER'S DAY, TUPPERWARE, BUNGA MELOR



Pagi ni terdetik pulak hati nak belek catalog tupperware Kak Seri dan barulah terperasan lunch bag set yang comel dan sesuai untuk mak aku yang tiap2 hari suke benor selongkar cabinet dapor cari tupperware nk tapau makanan p kerja.

Dan dan aku teringat Mother's Day bulan ni iaitu pada 9 May 2010 tapi takpela bagi awal siap2 selagi berkesempatan. Tapi sebenarnya mak aku kepingin sgt2 benda bawah ni. Minggu lepas lagi dia pesan suh cari sebelum aku balik Terengganu weekend ni. Hadoi gara2 masa cuti sekolah bulan lepas, al-kisahnya kami sekeluarga menginap la di salah sebuah hotel di Kangar, Perlis untuk bercuti di Pulau Langkawi. Nama hotel terpaksa dirahsiakan sebab mak & ayah aku telah melakukan perkara yang mengaibkan masa checkout.Tak pasal2 aku bersubahat ngan perbuatan diorang ni. Sebab tulah agaknya pokok bunga tu x hidup dan subur seperti pokok2 lain..tiada keberkatan -___-"

Nama Tempatan: Bunga melur
Nama Saintifik: Jasminum Sambac
Nama Lain: bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin
Famili: Oleaceae

Maka terpaksalah aku menebalkan muka pergi balik ke hotel tu cari anak pokok bunga ni tapi mampukah aku melakukan seorang diri?..hehe :D :D

Mak aku cakap kalau hotel tu x bagi jugak, tanya kat mana dia beli anak benih pokok tu.Tak boleh blah betol laaaaa..aih kena p nursery la gamaknye ni.mak oo mak

p/s: Alahai mak ku sayang. Kalau x dapat pokok bunga tu, dapat tupperware tu kira ok lah kan?err kawan2 jom sama2 beli hadiah untuk mak !! :)





Comments

Popular Posts