MALAM NISFU SYAABAN
Salam...
Buat pengetahuan seluruh kaum muslimin dan muslimat, sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib malam ni bermulalah 15 Syaaban 1431 Hijrah
Maka disarankan kita menutup catatan amal ibadah selama ini dan berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru kerana diriwayatkan pada Malam Nisfu Syaaban buku catatan amalan kita selama setahun akan diangkat ke langit dan akan diganti dengan buku catatan yang baru.
Amal ibadah yang digalakkan adalah baca Surah Yassin 3x berturut2 selepas solat Maghrib
1) selepas yasin pertama - mohon dipanjangkan umur utk beribadat kpd Allah
2) selepas yasin kedua - mohon rezeki yg halal
3) selepas yasin ketiga - mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman dan pohonlah segala yg baik dan bermunafaat
Kemudian istighfar 11x, selawat ke atas nabi 11x dan bacalah doa Nisfu Syaaban (biasanya ada kat page belakang2 buku Yassin)
Bacalah surah Al-Ikhlas 1000x (huih mampukah daku?insyaAllah)
Lalu berpuasalah di siang harinya.
Eh lupe plak solat sunat Nisfu Syaaban:-
1) Rakaat pertama - Al-fatihah & surah Al-Qadar (1x)
2) Rakaat Kedua - Al- fatihah & surah Al-Ikhlas (3x)
p/s: sebaik-baiknya mohon ampun dari ibubapa sebelum hari Nisfu Syaaban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/ berdosa dengan mereka
wallahualam bissawab
terima kasih kerana info..smoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatanNya
ReplyDeleteinsyaAllah..jom bukak buku baru :)
ReplyDelete