MALANG MEMANG BUSUK



Assalamualaikum..hari ini hari khamis..bagi aku, hari ni lah peluang utk berpuasa sunat sebelum Ramadhan kunjung tiba pada minggu berikutnya..



Malangnya, beberapa department telah mengadakan jamuan sempena kenaikan pangkat masing2..tanpa pengetahuan daku..argh~besarnya dugaanMu Ya Tuhan



Maka bertambah giranglah perut ku bercaklempong, bergamelan dan menghasilkan irama kentot yg kurang enak...ahak :3~



Sedang semua staff menikmati juadah, aku ditugaskan menjaga kaunter pertanyaan pelajar..sambil2 membaca suratkhabar, diriku dikejutkan dgn suatu bunyi aneh diikuti suara mengerang dari seorang hamba Allah...



MasyaAllah....menitik-nitik darah keluar dari hidung mangsa membasahi lantai di koridor bawah tangga...dahi pon parah jugak..macam mana ni?apa nk buat?dial 999 ke? (panik gila kot..)



Nasib baik ada UTP Health Care Center...terus boss hantar student tu ke klinik.kesian hidung mangsa patah dan dahinya luka teruk disebabkan kecuaian semasa lalu bawah tangga..mana tak nya orangnya pun tinggi lampai



Sejurus melihat darah2 tu, serta merta selera makan ku tertutup utk hari ini...alhamdulillah~selamat puasaku :)



Tapi teringat2 lagi budak td..hmm dahla dah nak start puasa..nak buat macamana malang memang xde bau dik ;(




p/s akak : Kemalangan boleh berlaku di mana-mana...berhati-hatilah di mana jua anda berada walaupun di bawah tangga


Comments

Post a Comment

Popular Posts